Perkhidmatan Pengurusan

DG Siti Noor Jehan Binti AG Mohd Saufi
Pengarah Perkhidmatan Pengurusan
Bahagian Khidmat Pengurusan merangkumi tujuh Unit iaitu Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran, Pengurusan Aset, Perolehan dan Pembangunan, Unit Pembangunan Projek dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Fungsi bahagian ini adalah untuk mengawasi kekemasan bahagian, urusan perkhidmatan, pentadbiran, perjalanan harian CAAM dan kebajikan para pegawai dan kakitangan.
Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM) menguruskan kesemua ha berkaitan perkhidmatan seperti pengambilan, pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat, peletakan jawatan, pencen dan juga persaraan. HRM juga bertanggungjawab bagi penilaian kecekapan, latiahn dan pembangunan bakat. Aktiviti berkaitan lain termasuklah merancang dan menguruskan:
- penempatan kerja, pertukaran dan penggiliran
- Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
- Sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) dan Jawatankuasa Pencalonan Imbuhan (NRC)
- Pelantikan pegawai-pegawai kontrak, pembaharuan pelantikan dan pemberhentian
- Mengemas kini dan merekodkan maklumat pegawai/kakitangan dalam buku perkhidmatan
- Hal ehwal disiplin
- Pelan perkembangan kerjaya
- Pelan penggantian
Unit Pentadbiran adalah unit utama yang menguruskan operasi harian CAAM. Unit ini menjaga dan menguruskan kerja berkaitan dengan tugas perkeranian mengikut fungsi-fungsi Bahagian/Jabatan dalam hal pentadbiran am bagi memastikan kelancaran fungsi dan operasi CAAM. Tanggungjawab unit ini termasuklah:
- Mengurus dan menjaga fail dan rekod pentabdiran dengan sistematik berdasarkan pengelasan fail Arkib Negara
- Mengawasi kerja-kerja pentadbiran am seperti urusan surat-menyurat perniagaan, pembersihan pejabat dan pejabat bilik keselamatan
- Menyelaras keperluan penyelenggaraan logistik dan ruang pejabat
- Menguruskan permohonan perjalanan ke luar negara (rasmi/peribadi)
- Menguruskan penyelenggaraan peralatan pejabat, perabot dan kenderaan berdasarkan jadual Pentadbiran Am bagi memastikan kesediaan
- Menyelaras mesyuarat dan majlis di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan
- Menguruskan perpustakaan dan pusat sumber CAAM
Unit Pengurusan Aset bertanggungjawab untuk mentadbir pengurusan semua aset alih CAAM. Fungsi utama unit ini termasuklah merancang, memantau dan menyelia semua aspek pengurusan aset alih dan memastikan aset-aset ini diuruskan dengan baik mengikut garis panduan dan prosedur kerajaan. Unit ini menyelaras aset dari segi:
i. Penerimaan
ii. Pendaftaran
iii. Penyimpanan dan Pemeriksaan
iv. Penyelenggaraan
v. Pelupusan
vi. Kehilangan dan Penghapusan
Unit Perolehan bertanggungjawab untuk memastikan hal ehwal perolehan di bawah CAAM dilaksanakan dengan baik dan mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan berasaskan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan keadilan. Unit Perolehan bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi seperti berikut:
- Menguruskan pelan perolehan tahunan CAAM
- Menguruskan pendaftaran dan kemaskini maklumat pembekal
- Menguruskan penyediaan Pesanan Kerajaan (Local Order)
- Menguruskan proses Tender/Sebut Harga/ePerolehan/Rundingan Terus
- Jawatankuasa Sekretariat bagi Sebut Harga/Lembaga Tender/Jawatankuasa Rundingan Harga
- Khidmat nasihat mengenai Pentadbiran Kontrak
- Khidmat nasihat untuk pelaksanaan perolehan bagi Tender / Sebut Harga
Unit Pembangunan dan Pengurusan Projek memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia dari segi fizikal dan aspek kewangan dan memberi laporan mengenai tahap kemajuan kepada pihak pengurusan, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi pusat. Pada asasnya, unit ini membantu memberi kemudahan bagi perkara berkaitan projek pembangunan sektor penerbangan dan berkaitan tanah yang digunakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, memantau dan mengekalkan data pada bangunan, aset tidak boleh ubah lain dan kuarters kediaman di bawah CAAM.
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyelenggaran dan memantau pelaksanaan aplikasi sistem dan menguruskan sumber IT termasuk perkakasan, perisian dan keupayaan rangkaian. Unit ini membantu dalam penyelarasan dan pelaksanaan inisiatif e-Kerajaan di peringkat bahagian. Unit ICT juga merancang, mengurus dan memberi nasihat mengenai perolehan perkhidmatan ICT dan Projek ICT mengikut prosedur dan pekeliling yang sedang dilaksanakan. Ia juga mengawasi dan memantau ketahanan sekuriti ICT dalam CAAM termasuk sekuriti fizikal dan sekuriti rangkaian. Selain itu, unit ini juga menyediakan perkhidmatan, sokongan dan khidmat rundingan berkaitan isu-isu teknikal ICT. Sebagai tambahan, unit ICT juga turut menganjurkan program-program kesedaran secara berkala.