-A  +A          

Good Day! Friday, 5 December 2025

Our Team

Home » Profil » Pasukan Kami » Keselamatan Penerbangan

Keselamatan Penerbangan

Keselamatan Penerbangan

IStock 931559254 1
Air Traffic Control Tower in Malaysia
Hafiz Fix

Mohd Hafiz bin Salleh

Pengarah Bahagian Keselamatan Penerbangan

Bahagian Keselamatan Penerbangan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kawalselia keselamatan penerbangan dan pemantauan pematuhan bagi memenuhi piawaian di dalam negara dan antarabangsa. CAAM juga berperanan untuk memastikan keselamatan penerbangan serta penguatkuasan undang-undang yang berkaitan dalam Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019 dilaksanakan.

Peranan pihak kerajaan adalah menekankan aspek keselamatan penerbangan antarabangsa dan polisi keselamatan penerbangan CAAM dan Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) bertindak sebagai badan yang mengawal selia dengan pihak pemegang taruh keselamatan di lapangan terbang Malaysia, syarikat penerbangan, kargo, pengendali darat, mel dan in-flight katering. Semua pemegang taruh berkaitan wajib mematuhi keperluan keselamatan Malaysia dan antarabangsa seperti yang telah ditetapkan dalam Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP), Program Kawalan Kualiti Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan( NCASQCP) dan Program Latihan Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASTP).

Tanggungjawab Bahagian AVSEC dibahagikan kepada Polisi dan Operasi:

Polisi/Dasar

Unit Dasar AVSEC bertanggungjawab untuk mengemaskini Standards dan Recommended Practices (SARPs) baharu dan yang dipinda oleh ICAO. Antara lain, Unit Dasar menguruskan beberapa perkara:

  • mengemas kini dan menyelenggara NCASP, NCASQCP dan NCASTP;dan
  • bertanggungjawab untuk memupuk kerjasama dalam hal keselamatan dengan agensi nasional dan antarabangsa yang lain. Antara tugas dan entiti diselaraskan oleh Unit Dasar melibatkan ICAO, TSA, DFT, MKN, PDRM, KDN, JIM, JKDM dll.
Operasi

Unit Operasi AVSEC bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi keselamatan penerbangan dengan mengurus secara proaktif risiko, ancaman dan kawasan yang mana terdapat jurang dan kelemahan yang mungkin memberi kesan negatif ke atas prestasi keselamatan iaitu tidak terhad kepada:-

  • Program Kawalan Kualiti
  • Penilaian ancaman dan pengurusan risiko;dan
  • Siasatan terhadap insiden dan kemalangan

 

Mengukuhkan keselamatan penerbangan sentiasa menjadi matlamat utama dan dengan pengukuhan ini juga ianya akan dapat meningkatkan kecekapan operasi dalam organisasi, memperbaiki hubungan antara pemegang taruh dalam keselamatan penerbangan dan pihak berkuasa penerbangan serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy