Di bawah pecahan Operasi dan Pentadbiran, sebahagian besar unit di MAvA bernaung di bawah
Operasi dan seliaan Pengarah. Fungsi Unit utama adalah:
Unit Pembangunan Kursus (Course Development & Design Unit):
• Membangunkan kursus baharu termasuk ICAO ITP/STP melalui ketetapan yang digariskan
badan kawalselia.
• Mengkaji penambahbaikan modul dan bahan pengajaran kursus.
• Menilai keberkesanan kursus secara keseluruhan melalui tinjauan ke stesen-stesen CAAM yang berkenaan.
• Menilai struktur, kandungan, aras dan teknik pengajaran kursus.
Unit Pengurusan Kursus (Course Management Unit):
• Mengurus, mengendali dan menyampaikan modul latihan kursus kepada peserta mengikut ketatapan CAAM dan MAvA.
• Memantau, menyelia dan mengajar pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki kepada peserta.
• Menilai pengetahuan peserta kursus melalui ujian berkala.
• Mengendalikan simulator bagi tujuan latihan ATC.
Unit Peperiksaan (Examination Unit)
• Menguruskan hal ehwal peperiksaan kursus ATC
• Menyediakan soalan (question bank) bagi kegunaan peperiksaan kursus ATC.
• Menilai dan menambahbaik prosedur peperiksaan selaras dengan kehendak pihak kawalselia.
Unit Kualiti dan Standard (Quality & Standard Unit)
• Menguruskan Audit Dalaman Tahunan.
• Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) diterapkan, dijalankan, diipantau dan diperbaiki secara berterusan.
• Menjadi tali penghubung kepada badan kawalselia bagi tujuan audit dan pensijilan.