Tanggungjawab Bahagian AVSEC dibahagikan kepada Polisi dan Operasi:
Polisi/Dasar
Unit Dasar AVSEC bertanggungjawab untuk mengemaskini Standards dan Recommended Practices (SARPs) baharu dan yang dipinda oleh ICAO. Antara lain, Unit Dasar menguruskan beberapa perkara:
- mengemas kini dan menyelenggara NCASP, NCASQCP dan NCASTP;dan
- bertanggungjawab untuk memupuk kerjasama dalam hal keselamatan dengan agensi nasional dan antarabangsa yang lain. Antara tugas dan entiti diselaraskan oleh Unit Dasar melibatkan ICAO, TSA, DFT, MKN, PDRM, KDN, JIM, JKDM dll.
Operasi
Unit Operasi AVSEC bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi keselamatan penerbangan dengan mengurus secara proaktif risiko, ancaman dan kawasan yang mana terdapat jurang dan kelemahan yang mungkin memberi kesan negatif ke atas prestasi keselamatan iaitu tidak terhad kepada:-
- Program Kawalan Kualiti
- Penilaian ancaman dan pengurusan risiko;dan
- Siasatan terhadap insiden dan kemalangan
Mengukuhkan keselamatan penerbangan sentiasa menjadi matlamat utama dan dengan pengukuhan ini juga ianya akan dapat meningkatkan kecekapan operasi dalam organisasi, memperbaiki hubungan antara pemegang taruh dalam keselamatan penerbangan dan pihak berkuasa penerbangan serta meningkatkan kepuasan pelanggan.