-A  +A          

Good Day! Friday, 5 December 2025

Our Team

Home » Profil » Pasukan Kami » Bahagian Operasi Perkhidmatan Navigasi Udara

Bahagian Operasi Perkhidmatan Navigasi Udara

Bahagian Operasi Perkhidmatan Navigasi Udara

IStock 931559254 1
Air Traffic Control Tower in Malaysia
Icon Website 01

Name

Director of Air Navigation Services Operations Division

E-mel

Bahagian Operasi Perkhidmatan Navigasi Udara (BOPNU) di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) merangkumi fungsi dan tanggungjawab kritikal yang terlibat dalam memastikan pengurusan trafik udara yang selamat, cekap dan teratur dalam ruang udara Malaysia.

Berikut ialah penjelasan ringkas tentang aspek utama unit ini:

Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara (ATC):

Antara tugas utama BOPNU adalah menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara di ruang udara Malaysia. Skop kerja ATC adalah melibatkan pengurusan pergerakan pesawat, di udara dan di darat bagi memastikan tiada perlanggaran dan mengekalkan aliran trafik yang selamat dan lancar. Secara amnya kaedah kerja ATC adalah memantau paparan radar, berkomunikasi dengan juruterbang dan memberi arahan mengenai ketinggian, kelajuan dan laluan bagi sesebuah pesawat.

Pusat Kawalan Operasi (OCC):

OCC bertanggungjawab mengurus dan memantau perancangan operasi, keselamatan, pengawalseliaan dan taktikal bagi setiap Unit Perkhidmatan Trafik Udara (ATSU). OCC akan:

  • Memastikan jadual tugas yang telah dirancang mematuhi dan selari dengan dasar CAAM (mengambil kira faktor cuti, musim perayaan, program latihan, dan lain-lain);
  • Memastikan operasi harian tidak terganggu di semua stesen;
  • Menyediakan tindak balas yang diselaraskan, tepat pada masanya, untuk mengurangkan dan memulihkan daripada gangguan operasi dan meminimumkan kesan ke atas operasi harian;
  • Mengkaji dan melaksanakan tindakan penambahbaikan untuk kelemahan yang dikenal pasti daripada laporan yang diterima oleh OCC (keupayaan tenaga manusia, corak peralihan dan lain-lain).
Perkhidmatan Maklumat Aeronautik (AIS):

AIS memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat aeronautik yang terkini dan tepat kepada juruterbang dan kepada semua pemegang taruh yang berkepentingan. Ini termasuk menyedia dan menyiarkan notis kepada juruterbang (NOTAM), carta lapangan terbang, carta navigasi dan maklumat lain yang berkaitan. AIS memastikan juruterbang dan pengendali penerbangan mempunyai akses kepada data yang diperlukan untuk memastikan perancangan dan operasi penerbangan yang selamat.

Industri Penerbangan (IP):

Unit IP adalah unit yang menyelaras, memantau dan memproses serta penilaian ke atas setiap permohonan kelulusan penerbangan melalui sistem NOSAS atau AEROFILE. Semua pesawat pendaftaran asing dan pendaftaran Malaysia yang beroperasi di laluan domestik atau antarabangsa ke atau dari semua lapangan terbang di Malaysia perlu mempunyai permit kelulusan penerbangan untuk terbang atau melintasi ruang udara Malaysia. Unit IP juga merupakan penyelaras utama untuk setiap permohonan kelulusan penerbangan dengan lain-lain agensi Kerajaan atau syarikat swasta yang berkepentingan.

Mencari dan Menyelamat (SAR):

Unit SAR melalui ARCC/ARSC mengikut wilayah Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu adalah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan mencari dan menyelamat aeronautik dengan bantuan dan sokongan daripada Agensi SAR Kebangsaan dan entiti swasta. Unit SAR juga adalah bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan membantu pesawat yang mengalami masalah dan seterusnya berkoordinasi dengan semua pihak berkepentingn bagi memastikan operasi SAR  diselaras dan dijalankan dengan berkesan dan selamat.

Route Air Navigation Services Charges (RANS):

Tanggungjawab utama Unit RANS adalah untuk memastikan segala kos yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti kawalan trafik udara, komunikasi dan alat bantuan navigasi,direkodkan secara tepat dan berjaya dikutip daripada pengendali pesawat dan syarikat penerbangan dengan efisin. CAAM mengamalkan pendekatan yang telus dan sistematik bagi pengiraan caj dengan mengambil kira beberapa faktor seperti jarak penerbangan dan berat pesawat. Setiap pemegang taruh mempunyai akses kepada invois dan data pergerakan bagi kedua-dua FIR KL dan KK melalui portal berpusat untuk memastikan integriti data dan caj yang dikenakan. Dana yang dikumpulkan melalui caj tersebut digunakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan navigasi udara selain terus meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada pemegang taruh.

Secara keseluruhannya, BOPNU melaksanakan pelbagai tanggungjawab yang mana ianya bertujuan untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan trafik udara di ruang udara Malaysia selamat dan teratur.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy