Unit Komunikasi Korporat merupakan unit yang berperanan penting untuk menyalurkan maklumat, hebahan dan menguruskan imej korporat CAAM. Unit ini menguruskan semua urusan media dan perhubungan awam serta pengurusan aduan awam, perkhidmatan pelanggan dan pemantauan media. Semua saluran media sosial CAAM dibangunkan dan diuruskan oleh unit ini bagi memastikan mesej CAAM konsisten dan sejajar dengan strategi komunikasi keseluruhannya. Ini termasuk pembangunan templat bahan komunikasi untuk media sosial dan pelaksanaan kempen media sosial. Unit ini juga menyediakan sokongan tambahan untuk sebarang acara dan program rasmi yang dianjurkan oleh CAAM.