Unit Audit dan Pematuhan
Fungsi
Unit Audit Dalam dan Pematuhan ditubuhkan sebagai badan bebas dan berobjektif untuk menjalankan aktiviti pengauditan serta rundingan bagi penambahbaikan nilai dalam operasi dan pentadbiran di CAAM. UAD berfungsi untuk membantu CAAM mencapai objektifnya secara sistematik dan berdisipin bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus di bawahnya.
Tanggungjawab
- Mengkaji dan memberi nasihat/pendapat terhadap kebolehpercayaan kawalan dalaman organisasi dan keberkesanan semua sistem termasuk ICT
- Mengkaji dan melaporkan tahap pematuhan kepada dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa
- Mengkaji program/aktiviti organisasi bagi memastikan ianya telah diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan
- Mengkaji sistem pengurusan aset serta kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewangan
- Melapor kepada pihak auditi hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan yang diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan
Unit Integriti
Enam (6) fungsi utama Unit Integriti, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah seperti berikut:
Tatatertib
- Mengurus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib.
Pengukuhan Integriti
- Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti di CAAM;
- Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan;
- Menyampaikan maklumat kepada pengurusan tertinggi mengenai perkembangan terkini isu-isu berkaitan integriti;
- Mengadakan garis panduan dan program-program kesedaran berkaitan integriti; dan
- Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan.
Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat dan/atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh pegawai CAAM;
- Memastikan tindakan susulan aduan dan syor siasatan dilaksanakan oleh Bahagian yang berkaitan;
- Menyalurkan aduan salah laku tatatertib dan jenayah pegawai CAAM kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan
- Menyelaras dan memproses aduan-aduan berkaitan pelanggaran integriti untuk disiasat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPRM.
Pematuhan
- Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran dan kewangan yang berkuatkuasa di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada; dan
- Mengadakan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau tatacara pentadbiran dan kewangan agar teratur selaras dengan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti warga CAAM;
- Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
- Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak pengurusan tertinggi.
Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus CAAM dilaksanakan dengan efektif; dan
- Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam CAAM